Wednesday, February 2, 2011

ibu dan ank

Setiap hari aku melihat beliau. Setiap detik bagaikan tiada apa2 yg istimewa bgku terhadap dirinya. Cuma pertalian ibu dan anak. Beliau adalah ibuku yg kupanggil ma.

Pada satu malam,aku bermimpi..mimpi itu menyentap hatiku yg keras ni. Dalam mimpiku, aku berumur 5 tahun. Aku leka bermain2 di luar rumah sambil menunggu kepulangan ibuku dr pasar. Dalam mimpiku lagi, (arwah) abahku masih ada dan beliau sedang membaca buku di ruangan hadapan rumahku seperti biasa. Sedang aku leka bermain2 di luar rumah, abahku memanggilku masuk ke dalam rumah. Katanya ada hal penting. Beliau menyuruh aku menaiki kereta bersamanya lalu kami pergi ke hospital.. Aku dijelaskan bahawa ibuku mengalami kemalangan dan meninggal. Aku mula menangis meraung2 dan dalam mimpi tersebut aku sgt sedih sbb aku sgt memerlukan beliau. Aku masih kecil... Aku bukan sahaja meraung dalam mimpiku,malahan aku berguling2 atas lantai hospital sbb aku sgt tak dapat menerima kenyataan tersebut. Aku sgt sedih tak pernah aku rs sebelum ni. Mimpi tersebut sgt nyata. Bila aku tersedar, air mata masih mengalir,dan sedang berguling2 berputar kt atas katil.

Fikiranku segera teringatkan ibuku. Beliau sering sakit2 kebelakangan ni. Menambahkan lg kerisauan aku. Aku takut jika aku xsempat berbakti pada beliau. Beliau byk berkorban demi aku walaupun aku byk buat salah padanya. Aku juga byk menyusahkan beliau. Aku berharap cepat2 la aku menjadi senang supaya aku dapat hulurkan bakti pada ibuku dgn lebih byk.

Hidup kita bukan lama di dunia ni. Skrg umurku sudah 20++. Tak lama lg 30++. Kemudian 40++. Kemudian umur seperti ibuku skrg. Abahku meninggal pada umur 50++. Sesiapa yg masih ada kedua ibu bapa sepatutnya bersyukur dan wajib berbakti kepada mereka. Buatlah apa2 yg berdaya asalkan jauh drpd kemarahan mereka. Berkat tutur kata dan doa merekalah aku sudah berjaya setakat ini. Kita adalah pelaburan mereka di akhirat. Anak kita pula pelaburan kita di akhirat. Qada' dan qadar biasanya berbalas di dunia secara cash. Aku harap dosa dan kesalahanku tidak diulangi oleh anakku bila dia besar nnt.

Berdoalah kepada kedua ibu bapamu kerana doa itulah yg menghubungkan kamu dan ibu bapamu walaupun mereka telah meninggal dunia. Wassalam..

Tuesday, February 1, 2011

ello~

Hai bg sesiapa yg terbaca tentang 'dunia sebelah' anda skrg. Sy memang peminat kucing. Dlm gmbr ni adalah 'si bucik'. Sy mula membelanya sejak dia umur 1-2 minggu (tak dpt nk pastikan). Ms tu bucik jln terkangkang2 dan mengikut sesiapa saja yg dia temui.

Pada mulanya, ank saudara sy temui dia merayau2 di tepi jln. Bimbang akan keselamatan ank kucing yg suka mengikut sesiapa sj yg lalu di depan, ank saudara sy membawa bucik pulang dlm diam2(takut mak dia marah).

Sy teragak2 untuk membela bucik pada waktu tu sbb mungkin ibunya sedang mencari dia. Tp ank saudara sy tegaskan bahawa mmg tak ada kucing lain di situ. Jd,sy beri dia makan dan namakan dia 'BUCIK' sbb dia buncit+kecik.hehehe..

Bucik sgt manja dan pandai. Pada waktu itu sy tahu bahawa dia sgt memerlukan penyusuan sbb dia hisap baju sy dan semua kain yg sudah di pakai(berbau peluh). Apabila waktu malam, bucik akan sy bawa tidur bersama sbb bimbang dia kesejukan di luar rumah. Tambahan pula ada bapak kucing yg garang sering lalu di kawasan rumah sy. Dia sgt suka tidur di celah ketiak sy,hehehe,mungkin tempat itu paling selamat dia rasakan. Dalam pada itu sy ligat mencari2 di mana tempat yg ada jual botol susu kucing. Syukur,setelah puas mencari,sy jumpa botol susu kucing bersama puting 3 'spare' dan satu berus botol. Akhirnya bucik sgt seronok dgn kehadiran botol susu tu. Dia semakin montel dan cerdik. Setiap kali sy buat susu untuk ank kesayangan sy,Yusuf, sy akan tuangkan sedikit susu Yusuf ke dlm botol susu bucik. Jd,mereka enjoy minum susu.hehehe....

Sekarang bucik sudah berumur dlm 6 bulan. Dia sgt pandai dan jarang sekali mengeluarkan suara. Sesekali dia bersuara bila nmpk kucing lain atau pun nmpk cicak di dinding. Sy pernah membiarkan dia tidur di luar rumah pada malam hari tp sy rs sgt menyesal sbb matanya basah. Kemungkinan besar dia menangis. Dia tak pernah buang air merata2 di dlm rumah kecuali di atas laptop sy.hahaha....sy tahu dia marahkan sy sbb asyik melayan laptop dan tak pedulikan dia. Tp nasib baik laptop sy tak rosak.

Bucik sgt suka di bawa naik kenderaan. Bila sy hidupkan enjin kereta, dia akan menunggu di pintu rumah. Jika sy biarkan pintu kereta terbuka untuk ambil barang atau menunggu Yusuf masuk,dia akan segera mencari peluang untuk naik dan duduk di bahagian tepi speaker kt belakang. Sambil tunggu kereta bergerak,dia akan menjilat2 bulunya. Konon2nya mungkin untuk make-up sebelum bersiar2. Kalau sy tinggalkan dia di rumah ketika sy keluar,bila sy pulang,dia akan menerpa ke arah kereta. Ketika itu sy perlu berhati2 sbb takut terpijak bucik. Bila sy buka pintu kereta,dia akan melompat naik sambil menggigit2 kusyen kereta(marah).

Bucik mmg kucing istimewa bg sy. Pernah abg sy membuang dia sewaktu sy tiada di rumah. Biasanya sy kurung dia di dalam rumah bila sy keluar. Jarang2 sekali sy tinggalkan dia di luar rumah kalau sy ingin keluar rumah. Pagi tu,sgt kelam kabut sbb salah sorg saudara sy meninggal dunia. Bila sy panggil2 bucik,dia mengerling malas je kt sy. Jd sy biarkan dia kt luar rumah. Bila sy balik petang tu, bucik tak ada. Biasanya dia menunggu sy di tempat kesukaan dia.tp tiada. Kebetulan ada 3 ekor ank kucing lain (yg sy baru jumpa pada waktu tu) hilang juga. Apa lagi,bila sy mula menangis,ank sy menangis lebih kuat dr sy. Mak sy pun sebak juga. Kami keluar mencari bucik serta merta walaupun waktu tu dh maghrib. Nasib kami baik sbb kami jumpa dia di tepi jln berhampiran dgn sekolah. Namun,3 ekor ank kucing lagi kami xjumpa. Sy sgt sedih dan risau sbb ank2 kucing tu bru je kehilangan ibu akibat dibuang abg sy,kali ni mereka sendiri yg kena buang.. Apa lah yg mereka nk mkn...sob3....Sy rs benci kt abg sy..!!

Hari ini,bucik selamat di bawah jagaan sy. Sy harap,bila sy dh ada duit byk,sy nk wat hotel haiwan peliharaan kecil dan tempat perlindungan haiwan2 terbiar.. Sy seorang yang penyayang dan sensitif. Semasa artikel ini ditaip,sy masih terkenang akan nasib 3 ekor ank kucing tersebut.. Sy rindu mereka.. Mujur bucik ni sy jumpa semula,kalau tak mesti pepatah 'seperti kucing hilang ank tu' kena kt dahi sy..he3