Wednesday, February 2, 2011

ibu dan ank

Setiap hari aku melihat beliau. Setiap detik bagaikan tiada apa2 yg istimewa bgku terhadap dirinya. Cuma pertalian ibu dan anak. Beliau adalah ibuku yg kupanggil ma.

Pada satu malam,aku bermimpi..mimpi itu menyentap hatiku yg keras ni. Dalam mimpiku, aku berumur 5 tahun. Aku leka bermain2 di luar rumah sambil menunggu kepulangan ibuku dr pasar. Dalam mimpiku lagi, (arwah) abahku masih ada dan beliau sedang membaca buku di ruangan hadapan rumahku seperti biasa. Sedang aku leka bermain2 di luar rumah, abahku memanggilku masuk ke dalam rumah. Katanya ada hal penting. Beliau menyuruh aku menaiki kereta bersamanya lalu kami pergi ke hospital.. Aku dijelaskan bahawa ibuku mengalami kemalangan dan meninggal. Aku mula menangis meraung2 dan dalam mimpi tersebut aku sgt sedih sbb aku sgt memerlukan beliau. Aku masih kecil... Aku bukan sahaja meraung dalam mimpiku,malahan aku berguling2 atas lantai hospital sbb aku sgt tak dapat menerima kenyataan tersebut. Aku sgt sedih tak pernah aku rs sebelum ni. Mimpi tersebut sgt nyata. Bila aku tersedar, air mata masih mengalir,dan sedang berguling2 berputar kt atas katil.

Fikiranku segera teringatkan ibuku. Beliau sering sakit2 kebelakangan ni. Menambahkan lg kerisauan aku. Aku takut jika aku xsempat berbakti pada beliau. Beliau byk berkorban demi aku walaupun aku byk buat salah padanya. Aku juga byk menyusahkan beliau. Aku berharap cepat2 la aku menjadi senang supaya aku dapat hulurkan bakti pada ibuku dgn lebih byk.

Hidup kita bukan lama di dunia ni. Skrg umurku sudah 20++. Tak lama lg 30++. Kemudian 40++. Kemudian umur seperti ibuku skrg. Abahku meninggal pada umur 50++. Sesiapa yg masih ada kedua ibu bapa sepatutnya bersyukur dan wajib berbakti kepada mereka. Buatlah apa2 yg berdaya asalkan jauh drpd kemarahan mereka. Berkat tutur kata dan doa merekalah aku sudah berjaya setakat ini. Kita adalah pelaburan mereka di akhirat. Anak kita pula pelaburan kita di akhirat. Qada' dan qadar biasanya berbalas di dunia secara cash. Aku harap dosa dan kesalahanku tidak diulangi oleh anakku bila dia besar nnt.

Berdoalah kepada kedua ibu bapamu kerana doa itulah yg menghubungkan kamu dan ibu bapamu walaupun mereka telah meninggal dunia. Wassalam..

2 comments: