Saturday, September 17, 2011

go wrong with your hell head~

kenapa berperasaan macam ni skrg ni..heran jgk aku..sejak akhir2 ni rasa tawar hati dengan semua perkara..termasuk la nk makan pun xada selera..kisah dia bermula dengan banyak titik tolaknya.aku sedar semua tu..daripada kejadian kerja xberapa best dekat giffarine sehingga la tentang ex yang xboleh nk kontrol kekacauan yang dia lakukan,and new comers in my life and about bender and lastly pasal si dia(A.A).dah 2-3 bulan kot aku mcm ni...jap..start bulan 6.masa giffarine start pindah ke tempat lain.
and paling down masa aida kena g ipoh..and paling2 xbest masa hawa and mek ros ada kt giffarine..and paling22 xbest jgk masa keje part time kt the store and masa tu jgk la si ex nk call sampai abes bateri hp aku..and paling222 xbest jgk bila masuk spital and sebelum tu masa si dia call nk ckp 4-5 jam lepas waktu keje..adoi la...mcm nk gila punye letih..xsukanya la...


Friday, June 24, 2011

sakit badan la wei....

Bermula 20.06.2011 maka,kedai pun berpindah la ke seksyen 7 lama....aritu kt pusat komersial baru,skrg pusat komersial lama...jln tasik..huh..lenguh giler badan aku.5 org pompuan and 2 org lelaki angkat semua brg dlm kedai naik lori biskut tu..naik tingkat 1 lak tu..almari ngn semua2 brg la..masa tu jgk la cina air cond dtg nk cabut ngn pasang aircond..tempat baru panas meruap gile2 babi.rs mcm duk dlm toaster roti..aku tgk muka aku ms angkat brg tu punya la....mcm ketam bakar..meroh supo nyakit demam denggi berdarah..haha.masa duk mengangkut brg,lalu sorg budak laki,sbb xcukup pekerja,aku tawarkan dia 50 ya untuk angkut brg2 besar.setuju la dio,ringan sket bebanan...hihi

dlm kesibukan tu kena jgk la alu uruskan hal,telefon,tenet,kapet,staff nk kena anta ke tempat lain la (melaka),api, aircond, patisyen,and mcm2 lg...kalu bos xnaikkan gaji aku bulan ni jago dio...aku ngepek sapa tubik anak tekok la...rindu pulok ko ore tuo hj abd rahman tu..muka sejuk.tgk muka dio dh rs aman.kuat iman bakali dio..

masa sibuk ni jgk la hari jadi aku..rindu la ko anak aku..nk sambut hari jadi ngan dio..tp aku sambut ngn kawan2 je...this year is the worst year smbut birthday...rs lonely.damn.. god plez help me out..but 1 thing i knew is,i cant get rid 1 name from my heart now...nama2 lain tu msk tong dh...ewahh...mcm la ramai sgt...ahahakkk

ye,dlm kesibukan lg,badan aku rs sgt sakitttttt....!!!! bahana angkat alamari masih ada lg....!!!! ma~~~nk balikkkk~!!!

Friday, May 20, 2011

a very hopeless life

setiap hari di shah alamadalah hari2 yg membosankan hidup aku..oh..how long it will take my life here...tiap2 hari xde ape nk wat..dating xleh..nk bela kucing xleh..nk jalan2,hell mana mau pegi woi...so tiap2 hari melayan lgu..itu sj...borak2 ngn aida and sometimes pegi tgk wayang..bosan..

Saturday, February 12, 2011

tinggal kenangan---bucik---jul2010-feb2011


Setelah sekian lama aku terasa sepi hidup xberteman,aku ambil bucik sbg teman..yeah,dia mmg menemani aku. Malam2 dia temankan aku ke tandas,dapur,tutup pagar dan lain2. Dia cukup pandai... Disaat ini mmg aku terkenangkan bucik.. Selalunya dia ikut aku naik kereta dan duduk atas riba aku spanjang jalan.riba org lain dia xnk.Kalo xduk atas riba pun,dia duk kt tengkuk aku. Mcm la dia tu bantal penyendal leher.. Sekarang bangkai dia ada lg kt lam parit tu...3-4 hari aku panggil2 dia xdatang. Aku xputus asa panggil jugak dia.. Bila ada bau kurang enak barulah aku jumpa bangkai dia kt lam parit tu..Rasa2nya dia kena langgar kt kete.jatuh lam tu and then mati sorg2...alaa...ciannye cara dia mati..Sapelah bodoh gi langgar kucing aku.Natam tol!

Buat masa skrg ni aku xnk bela kucing lg unless dia dtg pada aku bila dia memerlukan.Aku sgt mengalu2kan mana2 ank kucing yg memerlukan perlindungan dari aku..

Sebenarnya dah ramai kucing yang family aku bela.Conney,Pak Tam,Ninja,Pok Chek,Choot,Topok,Fernando Josey(yg paling best nama), Mahathir pun ada,Tommy(kakak aku bela,aku pun tumpang syg gak),Ngee(syad syg),Tiger and lastly Bucik la..Semua kucing tu kaler dia xunik pun melainkan Tiger sbb tiger tu kucing bengal. Conney tu yg bela ms kt melaka.Kakak aku bawak balik dr sekolah.Kecik lg,jln pun terkangkang2.ekor dia panjang sgt..warna kuning xsilap aku.mati kena langgar depan umh..satu umh nangis..yg paling kuat nangis ms tu kak zety aku sbb dia yg bwk balik conney dr sekolah..teringat balik lawak jgk..Pak tam sbb dia itam legam.xde kaler putih sket pun. Choot sbb dia ekor kontot sgt2 mcm rabbit..entah apela kaitan ekor kontot ngan nama Choot tu..kaler kuning jgk..Ninja kucing yg kalernye comot.Tp kat kaki dia pakai 'stoking' belang kuning..empat2 kaki dia pakai 'stoking' pendek putih.Muka dia sebelah itam,sebelah comot2..xcomel pun,tp semua org dtg umh ckp kucing tu comel..aku xpaham sehingga hari ni.Choot ngn ninja hilang(dikhuatiri mati) setelah mereka mkn rumput yg kena racun..(mak aku cerita la...)mulut dorg berbuih...waktu yg berbeza sbb bela pada waktu yg berbeza..mak aku pesan'kalo nk mati,jgn mati depan ma,mati kt lain' sbb tu smpai hari ni dorg xpenah munculkan diri..cuma mak aku jumpa masa depan Masjidil Haram (Maha Besar Allah nk tunjuk kt mak aku)mak aku ckp,lepas smyg,dlm ramai2 org,ma aku tiba2 teringat kt Ninja,tiba2 dia dtg dr celah2 org,ma terkejut dan ckp,'kau kt sini ye Ninja...lama ma cr kau..' selepas gosok2 dia,dia pergi dan hilang dicelah2 org ramai..mak aku tersedar,yg itu mungkin Allah nk bg peluang tgk apa yg dia hajati sgt..Yang istimewa Choot,Pak tam,Ninja ni sbb dorg boleh panggil "ma" kalo nk suh bukak pintu..comel..Ninja yg paling comel sbb dia suka bawak lari stoking busuk kak aku pagi2 sebelum g sekolah..haha

Pok chek kena langgar,cacat kejap kaki dia..pastu ma bg kt org kedai jual ikan tu..pok chek lucu sbb dia suka mkn beras yg ma bg kt ayam ma..haha...Topok kucing betina yg org aniaya.Mak aku jumpa dia hampir2 nk mati dlm semak.perut dia luka teruk mcm kena simbah air panas. mak aku pun letak minyak gamat,bg mkn cukup2,sihat la dia akhirnya..jarang skali dia mengiau..peristiwa yg xdapat dilupakan tentang topok ni bila dia nk beranak..sampai kena bwk g spital veterina..dia xbermaya sgt nk teran..

rindu nk bela kucing ramai2 sbb mmg bila ada kucing,rasa hari2 berlalu dgn penuh makna..malam2 leh panggil kuat2.."bucik~bucik~"bila dia dtg rs lega je..puas hati...sbb dia tau nama dia and sbb dia dtg bila dgr suara kita...syg sekali...Bucik,i love you..Walaupun bucik dh pergi,mama tetap nmpk bucik..dh lima hari dia pergi...aku rindu sgt kt dia...xkering lagi air mata ni...waaaa!!!!

Wednesday, February 2, 2011

ibu dan ank

Setiap hari aku melihat beliau. Setiap detik bagaikan tiada apa2 yg istimewa bgku terhadap dirinya. Cuma pertalian ibu dan anak. Beliau adalah ibuku yg kupanggil ma.

Pada satu malam,aku bermimpi..mimpi itu menyentap hatiku yg keras ni. Dalam mimpiku, aku berumur 5 tahun. Aku leka bermain2 di luar rumah sambil menunggu kepulangan ibuku dr pasar. Dalam mimpiku lagi, (arwah) abahku masih ada dan beliau sedang membaca buku di ruangan hadapan rumahku seperti biasa. Sedang aku leka bermain2 di luar rumah, abahku memanggilku masuk ke dalam rumah. Katanya ada hal penting. Beliau menyuruh aku menaiki kereta bersamanya lalu kami pergi ke hospital.. Aku dijelaskan bahawa ibuku mengalami kemalangan dan meninggal. Aku mula menangis meraung2 dan dalam mimpi tersebut aku sgt sedih sbb aku sgt memerlukan beliau. Aku masih kecil... Aku bukan sahaja meraung dalam mimpiku,malahan aku berguling2 atas lantai hospital sbb aku sgt tak dapat menerima kenyataan tersebut. Aku sgt sedih tak pernah aku rs sebelum ni. Mimpi tersebut sgt nyata. Bila aku tersedar, air mata masih mengalir,dan sedang berguling2 berputar kt atas katil.

Fikiranku segera teringatkan ibuku. Beliau sering sakit2 kebelakangan ni. Menambahkan lg kerisauan aku. Aku takut jika aku xsempat berbakti pada beliau. Beliau byk berkorban demi aku walaupun aku byk buat salah padanya. Aku juga byk menyusahkan beliau. Aku berharap cepat2 la aku menjadi senang supaya aku dapat hulurkan bakti pada ibuku dgn lebih byk.

Hidup kita bukan lama di dunia ni. Skrg umurku sudah 20++. Tak lama lg 30++. Kemudian 40++. Kemudian umur seperti ibuku skrg. Abahku meninggal pada umur 50++. Sesiapa yg masih ada kedua ibu bapa sepatutnya bersyukur dan wajib berbakti kepada mereka. Buatlah apa2 yg berdaya asalkan jauh drpd kemarahan mereka. Berkat tutur kata dan doa merekalah aku sudah berjaya setakat ini. Kita adalah pelaburan mereka di akhirat. Anak kita pula pelaburan kita di akhirat. Qada' dan qadar biasanya berbalas di dunia secara cash. Aku harap dosa dan kesalahanku tidak diulangi oleh anakku bila dia besar nnt.

Berdoalah kepada kedua ibu bapamu kerana doa itulah yg menghubungkan kamu dan ibu bapamu walaupun mereka telah meninggal dunia. Wassalam..

Tuesday, February 1, 2011

ello~

Hai bg sesiapa yg terbaca tentang 'dunia sebelah' anda skrg. Sy memang peminat kucing. Dlm gmbr ni adalah 'si bucik'. Sy mula membelanya sejak dia umur 1-2 minggu (tak dpt nk pastikan). Ms tu bucik jln terkangkang2 dan mengikut sesiapa saja yg dia temui.

Pada mulanya, ank saudara sy temui dia merayau2 di tepi jln. Bimbang akan keselamatan ank kucing yg suka mengikut sesiapa sj yg lalu di depan, ank saudara sy membawa bucik pulang dlm diam2(takut mak dia marah).

Sy teragak2 untuk membela bucik pada waktu tu sbb mungkin ibunya sedang mencari dia. Tp ank saudara sy tegaskan bahawa mmg tak ada kucing lain di situ. Jd,sy beri dia makan dan namakan dia 'BUCIK' sbb dia buncit+kecik.hehehe..

Bucik sgt manja dan pandai. Pada waktu itu sy tahu bahawa dia sgt memerlukan penyusuan sbb dia hisap baju sy dan semua kain yg sudah di pakai(berbau peluh). Apabila waktu malam, bucik akan sy bawa tidur bersama sbb bimbang dia kesejukan di luar rumah. Tambahan pula ada bapak kucing yg garang sering lalu di kawasan rumah sy. Dia sgt suka tidur di celah ketiak sy,hehehe,mungkin tempat itu paling selamat dia rasakan. Dalam pada itu sy ligat mencari2 di mana tempat yg ada jual botol susu kucing. Syukur,setelah puas mencari,sy jumpa botol susu kucing bersama puting 3 'spare' dan satu berus botol. Akhirnya bucik sgt seronok dgn kehadiran botol susu tu. Dia semakin montel dan cerdik. Setiap kali sy buat susu untuk ank kesayangan sy,Yusuf, sy akan tuangkan sedikit susu Yusuf ke dlm botol susu bucik. Jd,mereka enjoy minum susu.hehehe....

Sekarang bucik sudah berumur dlm 6 bulan. Dia sgt pandai dan jarang sekali mengeluarkan suara. Sesekali dia bersuara bila nmpk kucing lain atau pun nmpk cicak di dinding. Sy pernah membiarkan dia tidur di luar rumah pada malam hari tp sy rs sgt menyesal sbb matanya basah. Kemungkinan besar dia menangis. Dia tak pernah buang air merata2 di dlm rumah kecuali di atas laptop sy.hahaha....sy tahu dia marahkan sy sbb asyik melayan laptop dan tak pedulikan dia. Tp nasib baik laptop sy tak rosak.

Bucik sgt suka di bawa naik kenderaan. Bila sy hidupkan enjin kereta, dia akan menunggu di pintu rumah. Jika sy biarkan pintu kereta terbuka untuk ambil barang atau menunggu Yusuf masuk,dia akan segera mencari peluang untuk naik dan duduk di bahagian tepi speaker kt belakang. Sambil tunggu kereta bergerak,dia akan menjilat2 bulunya. Konon2nya mungkin untuk make-up sebelum bersiar2. Kalau sy tinggalkan dia di rumah ketika sy keluar,bila sy pulang,dia akan menerpa ke arah kereta. Ketika itu sy perlu berhati2 sbb takut terpijak bucik. Bila sy buka pintu kereta,dia akan melompat naik sambil menggigit2 kusyen kereta(marah).

Bucik mmg kucing istimewa bg sy. Pernah abg sy membuang dia sewaktu sy tiada di rumah. Biasanya sy kurung dia di dalam rumah bila sy keluar. Jarang2 sekali sy tinggalkan dia di luar rumah kalau sy ingin keluar rumah. Pagi tu,sgt kelam kabut sbb salah sorg saudara sy meninggal dunia. Bila sy panggil2 bucik,dia mengerling malas je kt sy. Jd sy biarkan dia kt luar rumah. Bila sy balik petang tu, bucik tak ada. Biasanya dia menunggu sy di tempat kesukaan dia.tp tiada. Kebetulan ada 3 ekor ank kucing lain (yg sy baru jumpa pada waktu tu) hilang juga. Apa lagi,bila sy mula menangis,ank sy menangis lebih kuat dr sy. Mak sy pun sebak juga. Kami keluar mencari bucik serta merta walaupun waktu tu dh maghrib. Nasib kami baik sbb kami jumpa dia di tepi jln berhampiran dgn sekolah. Namun,3 ekor ank kucing lagi kami xjumpa. Sy sgt sedih dan risau sbb ank2 kucing tu bru je kehilangan ibu akibat dibuang abg sy,kali ni mereka sendiri yg kena buang.. Apa lah yg mereka nk mkn...sob3....Sy rs benci kt abg sy..!!

Hari ini,bucik selamat di bawah jagaan sy. Sy harap,bila sy dh ada duit byk,sy nk wat hotel haiwan peliharaan kecil dan tempat perlindungan haiwan2 terbiar.. Sy seorang yang penyayang dan sensitif. Semasa artikel ini ditaip,sy masih terkenang akan nasib 3 ekor ank kucing tersebut.. Sy rindu mereka.. Mujur bucik ni sy jumpa semula,kalau tak mesti pepatah 'seperti kucing hilang ank tu' kena kt dahi sy..he3